Jumaat, 23 Disember 2011

Pelancongan Aktiviti Nelayan Di Kuala Gula

Pelancongan Aktiviti Nelayan Di Kuala Gula 23 December 2011



Tarikh 23 Disember 2012. Pn Alia merancang aktiviti ini. Tinggal di Seri Cempaka Chalet, Batu Kurau dan membuat aktiviti pelancongan nelayan di Kuala Gula bersama saya sebagai Tua Guide dibantu oleh Pak Ndak Samad (Green Badge Nature Guide)
1. Melawat perusahan udang geragau, ketam lembut, restoran terapung dan sangkar ikan.
2. Memerhati burung di pinggir sungai & dataran lumpur. Pelbagai jenis burung termasuk Milky stork.
3.Belajar memasang umpan dan melabuh tangkul ketam.
4. Memancing ikan. 40 ekor gelama selang seli dengan duri dan buntal
5. Belajar menyauk kerang & menyauk kerang. Semua yang menyertai trip ini telah diberi peluang menyauk kerang.
6. Menuai hasil tangkul ketam. Dari 15 tangkul yang dilabuhkan berjaya menuai 5 ekor ketam nipah.
Harapan saya agar aktiviti pelancongan nelayan ini akan menjadi tarikan utama pelancongan di Kuala Gula dan pemangkin ekonomi kepada nelayan Kuala Gula. InsyaAllah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan