Khamis, 10 Februari 2011

Taman Perlindungan Burung Kuala Gula

Destinations
Negeri / Perak / Taman Perlindungan Burung Kuala Gula


Hutan Paya Bakau Matang merupakan eko-sistem hutan paya bakau yang paling besar di Semenanjung Malaysia. Hutan ini meliputi kawasan sepanjang 50 km bahagian pantai barat di utara negeri Perak dan 40 km lagi di sepanjang pinggiran sistem sungai-sungai di dalam lima kawasan muara yang terlindung.

Sewaktu musim penghijrahan burung antara bulan Ogos dan April setiap tahun, terdapat lebih dari 200,000 ekor burung dari kira-kira 50 spesis dijangka singgah di sini.

Pusat maklumat pelawat yang lengkap disediakan di sini bagi membolehkan pelawat memahami kepentingan memelihara dan menjaga ekosistem hutan paya bakau dan burung-burung yang tinggal atau pun yang singgah di sini menerusi program pembelajaran dan bahan pameran yang disediakan.

Taman Perlindungan Burung Kuala Gula pernah memenangi anugerah 'Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Semulajadi) sewaktu majlis Anugerah Pelancongan Malaysia - sebuah majlis gemilang yang menyampaikan anugerah-anugerah kepada agensi dan pertubuhan yang menyumbang kepada pembangunan pelancongan di Malaysia.

Tips
Masa terbaik untuk memerhati burung di sini ialah dari bulan September hingga Mac.
Top
Pengangkutan
Kereta
Walaupun kawasan perlindungan burung in terletak di Negeri Perak, sebenarnya ia lebih mudah dikunjungi dari Butterworth (di Pulau Pinang). Pandu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan menuju selatan dari Butterworth (di Pulau Pinang) selama kira-kira 30 minit, kemudian susur keluar di Jawi menghala ke pekan Kuala Kurau. Pandu terus selama 30 minit lagi dan anda akan jumpa papan-papan tanda yang menunjukkan arah ke Kuala Gula.

Keluar dari PLUS Exit 148 TAIPING (U) menghala ke Utara

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khairul 012-5145023
Top
Penginapan
Terdapat beberapa kemudahan Kuala Gula Resort pada harga yang berpatutan di kawasan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan