Ahad, 30 Januari 2011

Mengenai Kuala Gula Eko-Pelancongan

Kuala Gula merupakan perkampungan nelayan yang dihuni sebahagian besarnya oleh masyarakat Cina. Penduduk Melayu tinggal di perkampungan nelayan tersusun di pinggir Sungai Gula manakala kaum India tinggal di rumah ladang.


Terletak betul-betul di muara Sungai Kurau menjadikan tempat ini satu destinasi pelancongan menarik bagi seisi keluarga yang ingin lari dari kesibukan kota. Pelancong boleh menginap di Kuala Gula Sanctuary Resort yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan dan perkhidmatan. Jika ingin merasa pengalaman sebagai anak nelayan tinggallah di Homestay Perkampungan Nelayan. Bagi kumpulan sekolah atau pelajar IPTA yang datang dan ingin penginapan budget bolehlah tinggal di Asrama SK Kuala Gula.


Pengalaman memancing ikan, menangkul ketam, mencari kerang, mencari siput belitong (Siput sedut), melihat burung, kelip-kelip serta melawat pejabat perhilitan adalah sesuatu yang menjadi memoir indah kepada para pelancong yang kami kendalikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan