Sabtu, 28 September 2013

Pakej Survival dan Motivasi Bukit Larut, Taiping Perak


Senangnya buat roti telur
Objektif:
Membina motivasi diri dan kemahiran berdikari dalam suasana fizikal yang mencabar.

Ceria di Bukit Larut
Pendekatan:
Mendaki Bukit Larut dengan ketinggian 1036m dari paras laut dan jarak 8km dari kaki bukit.
Melalui pelbagai halangan fizikal dalam mencapai matlamat.
Berlatih berdikari dalam menyediakan minuman pagi, makan tengah hari dan makan malam.
BBQ

Hari Pertama
Tempoh pendakian naik: 8.00 am - 1.00 pm


Stesen 1: Pondok Rehat 3: Aktiviti membuat roti telur. Membancuh sendiri air milo susu.
Masa: 30 minit
Pembimbing: Seorang guru sekolah
Roti Bakar

Stesen 2: Pondok Rehat Watermelon: Memasak ayam goreng . (Nasi, sayur campur dan air disediakan) Masa 40 minit
Pembimbing: Seorang guru sekolah

Sandwish
Stesen 3: Kawasan Rumah Banglo Beringin: Aktiviti Makan malam membuat sandwish dan BBQ. (Nasi goreng disediakan)
Pembimbing: Semua guru.

Bermalam di Banglo Beringin, Permai dan Rumah rehat Bukit Larut.

Hari kedua:
8.00 am Membuat sarapan Roti bakar dan milo.
9.00 am Mula perjalanan turun.


Stesen 1: Pondok Rehat Watermelon: Aktiviti membuat kuih buah melaka dan air milo/susu
Masa 30 minit
Pembimbing: Seorang guru sekolah.


Stesen 2: Pondok Rehat 3: Aktiviti membuat lauk makan tengah hari telur dadar. (Nasi, sayur dan air disediakan)
Masa: 40 minit
Pembimbing: Seorang guru sekolah

Jam 1.00 pm aktiviti penutup dan penyampaian sijil



Ahad, 25 Ogos 2013



Cuaca yang baik membolehkan semua berjalan lancar,dapat melihat burung,memancing,menyauk kerang dan ketam.Ada beberapa perbezaan diantara Kuala Gula dengan Kuala Sepetang...yang penting En Helmi sekeluarga puas hati dengan melancong di sini..Tq So Much
1.KUALA GULA 2.KUALA SEPETANG
1.Jety yang cantik 2.jety yang tak menarik dan uzur
1.burung banyak dan besar 2 ada burung tapi tak besar
1.memnacing tepi sungai naik motor 2,mncing naik bot saja
1.tangkul kerang guna tangan 2.tangkul guna galah penyauk
kerang besar duit 50sen......... kerang kecil besar 10 sen n 20sen
1,mncing bnyak ikan gelama 2.bayak ikan duri,blukang sikit ikan gelama
1.nak pi mncing dekat, 15 mnit ja 2.jauh setengah jam,puas naik bot masa sama 2jm
1 memncing ats bot 2.mncing atas chalet
..ksimpulanya dua2 ni ada daya tarikan tersendiri..cuma..malam di Kuala Sepetang bleh tegok klip-klip n petang ada Lucky Dolphin... yg penting enjoyyyyy..




Sabtu, 13 April 2013

Pakej Perkhemahan dan Lawatan Ladang Kurau Stone


Untuk meninjau aktiviti perkhemahan anjuran PERDA. Keadaan kawasan perkhemahan sunyi sepi sahaja walaupun jam di tangan menunjukkan 10:00 am. Mungkin mereka kepenatan dengan aktiviti malam tadi. Sebenarnya mereka sedang mengikuti aktiviti jungle tracking di hutan. Kesempatan ini aku ambil untuk meninjau Sazalis Farm di puncak bukit. Di sini terdapat kebun sayur-sayuran seperti bendi, kacang panjang dan petola. Terdapat sebuat kandang kambing besar dan jumlah kambing yang ada dianggarkan lingungan 100 ekor. Dua ekor kuda yang diternak telah melahirkan tiga ekor anak dan terkini dilahirkan pada bulan Feb 2013. Kini para pengunjung dan rombongan yang menjalankan aktiviti di Kurau Stone dapat merasai pengalaman bekerja di kebun sayur, membelai anak kambing dan menunggang kuda. Jadi apa lagi moh kie ke Kurau Stone. Kawasan perkhemahan yang amat sesuai dengan lindungan daun kelapa sawit (Tak perlu takut dahan patah) dan hamparan rumput hijau bagai tilam semula jadi. Kawasan perkhemahan ini diterangi lampu dan bilik air hanya beberapa langkah sahaja.